Thursday 11 April 2013

Resepi Mee Bandung Muar

RESEPI MEE BANDUNG MUAR
Pengenalan

Resepi Mee Bandung Muar adalah antara mee utama yang mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Mee Bandung adalah satu masakan tradisional yang terkenal dan berasal dari Muar, Johor di Malaysia. Perkataan 'bandung' dinamakan adalah berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda', 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar.

Sebenarnya, Mee Bandung pula adalah masakan gandingan mee dan telur sahaja pada ketika dahulu dan digelar sebagai mi bandung atau mee bandung, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama dengan rempah ratus, belacan dan udang kering. Pada masa kini, Mee Bandung juga ditambah dengan banyak bahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran untuk menambahkan keenakannya. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.

Sementelahan itu, Mee Bandung juga akan menjadi lebih menyelerakan dan menepati citarasa dengan menggunakan banyak udang kering sebagai kuahnya. Mee Bandung turut menjadi makanan yang disukai ramai di seluruh Malaysia disebabkan rasa yang istimewa selepas bercampur dengan kuah udang kering yang enak sekali. Perencah lain- lain seperti daging, ayam, bebola ikan, sotong atau hati rebus boleh dimasukkan mengikut kreativiti sendiri.

Sejarah Mee Bandung telah menjadi cerita rakyat. Kisahnya, insiden itu berlaku di Muar, Johor dan apabila seorang ibu sedang membuat masakan mee pada waktu itu, mee atau mi belum mempunyai nama lagi atau dikenali sebagai mee rebus sahaja. Proses memasak mee itu biasanya diakhiri dengan memecahkan telur untuk dimasukkan ke dalam adunan yang sedang mendidih. Telur itu tidak perlu dikacau. Isi telur itu telah berpecah kepada dua dan ibu itu berasa terperanjat apabila mendapati isi telur itu ada dua. Cerita sebiji telur berisi dua menjadi perbualan umum. Cerita mee telur berbandung telah tersebar dengan lantas sekali.


Resepi Mee Bandung
Bahan-Bahan:
(Untuk 8 orang makan)


2 bungkus mee kuning (dicelur)
4-6 ekor udang basah (dikupas kulit)
1-2 ekor sotong (potong secara bulat)
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng (ditumbuk)
3 tangkai Sawi
3 keping tauhu (potong kecil)
Hirisan daging
Air rebusan daging (gunakan kiub ayam)
4 biji telur (bergantung kepada bilangan orang)
Gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Serbuk perasa


Bahan-Bahan Kisar
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering (rendam dengan air panas dan dikisar)
1 cawan (115 gm) gula aising


Bahan-Bahan Hiasan
3 keping tauhu goreng (hiris sehingga nipis)
Daun sup dan Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/ limau nipis


Bahan-Bahan untuk Cili Jeruk
5 tangkai cili hijau
2 tangkai cili merah
Cuku secupunya


Sos yang boleh dicampur di dalam Mee Bandung
(Ikut kegemaran masing-masing)
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili
Sos Cili Pedas
Sos Cili Bawang Putih
Sos Cili Thai


Sayur-Sayuran
(Untuk orang yang suka makan sayur)
Tomato Puree
Lobak Merah
Brokoli
Sawi
Kubis Bunga
Sengkuang


Cara-Cara untuk menyediakan Mee Bandung
1) Pertama sekali, celurkan mee kuning, panaskan minyak di dalam kuari, kemudian tumiskan bahan kisar yang dicincang halus sehingga naik bau dan garing.

2) Masukkan cili kering dan biarkan sehingga naik minyak sebelum masukkan udang kering.

3) Masukkan udang kering yang telah dicampur hingga naik bau.

4) Kemudian, masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan campuran tersebut. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

5) Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji dengan sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/ separuh masak dengan mengikut citarasa. Akhir sekali masukkan sawi.

6) Tutupkan api dan curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/ limau kasturi. Siap untuk sedia dimakan.

Tips: Pelbagai jenis bahan, perencah, sayur, kuah dan sos juga boleh dicampurkan dalam mee bandung dengan mengikut suka hati dan kesesuaian masing-masing.


Cara-Cara untuk Membuat Kuah

 1) Sendukkan mee bandung secukupnya dan campurkan dengan air di dalam periuk.

2) Didihkan sehingga mee bandung naik ke atas periuk (kepekatan bergantung kepada citarasa masing-masing).

3) Masukkan batang sawi, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

4) Kecilkan api sebelum masukkan telur satu persatu. Agak-agak secukupnya tiga suku masak, keluarkan telur dan letak dalam pinggan berasingan.

5) Akhir sekali masukkan udang dan daun sawi. Tutupkan api dengan segera.

6) Letakkan telur semasa dihidangkan.

Tips: Rasa kuah Mee Bandung akan menjadi lebih manis dan pedas jika menggunakan lebih banyak udang kering untuk memekatkan kuah.

Cara-Cara untuk Membuat Cili Jeruk
1) Hiriskan cili tebal-tebal sehingga nipis

2) Kemudian rendamkan dengan cuka di dalam bekas yang bertutup.
(Sesetengah orang rendamkan cili dengan air panas kemudian baru masukkan cuka)

Kesimpulannya, Resepi Mee Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat perlancongan di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tidak berkaitan langsung. Mee Bandung sebegini rupa langsung tidak boleh didapati di Bandung, Indonesia. Mee Bandung boleh dimakan di restoran-restoran dan kedai-kedai makan yang terkenal di seluruh pelosok Malaysia.





Lihat Juga..

Resepi Ikan Bakar

Resepi Ikan Bakar adalah sesuatu makanan laut yang dibakar dengan menggunakan arang masakan Indonesia, Malaysia atau negara-negara Asia Tenggara lain. Resepi Ikan bakar ini terkenal dengan keenakannya dan menjadi wajib kepada masyarakat sekarang.

http://resepiikanbakar.blogspot.com/

 

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari adalah antara makanan yang selalu dihidangkan adalah disebabkan rasa pedasnya yang dapat membuka selera. Resepi Mee kari dihiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/ limau kasturi, timun, daun sup, bawang goreng dan sebagainya. Tambahan lagi, resepi mee kari juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

http://resepimeekari.blogspot.com/

 

Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia.Resepi roti jala turut akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.

http://resepirotijala.blogspot.com/





1 comment:

  1. sedapnyaaaa....i like mee bandung...tq for sharing...
    kalau senang singgahla sini www.acuonlineshop.blogspot.com

    ReplyDelete